Thursday, 20 September 2012

PENGERTIAN MUNAKAHAT

Posted by اتحاد طلاب اللغة العربية On 08:20 No comments


MUNAKAHAT ialah : suatu ilmu yang berkaitan dengan hal-hal perkahwinan.

1. PENGERTIAN MUNAKAHAT (NIKAH)

i) Dari segi bahasa : Ikatan atau simpulan.
ii) Dari segi istilah Syarak : Suatu ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan batas hak dan kewajipan serta bertolong-tolongan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan, yang di antara keduanya bukan mahram.

Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah S.A.W dan digalakkan di dalam Islam serta dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Nikah itu sunnahku, maka barang siapa membenci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku."
(Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

2. HUKUM BERKAHWIN
- Hukum berkahwin berubah-ubah berdasarkan faktor niat seseorang yang ingin berkahwin dan faktor perbelanjaan. Hukumnya adalah seperti yang berikut :

i) WAJIB
- Orang yang cukup perbelanjaan dan tidak dapat mengawal nafsunya.

ii) SUNAT
- Orang yang cukup perbelanjaan dan ingin berkahwin.

iii) MAKRUH
- Orang yang cukup perbelanjaan tetapi tiada keinginan untuk berkahwin.

iv) HARAM
- Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab.

0 comments:

Post a Comment