Thursday 20 September 2012

MANUSIA

Posted by ITTILA' On 01:48 No comments


ONTOLOGI : ialah cabang ilmu falsafah yang berkaitan dengan fitrah makhluk.

1. Manusia adalah ciptaan yang terindah di jagat raya :

- Allah menegaskan bahawa kejadian insan adalah sebaik-baik makhluk dan kejadian. Keindahan yang dikehendaki ialah keindahan rohani dan jasmani. Bentuk lahir insan memang telah indah dan sempurna. Tetapi keindahan dalam bentuk lahirnya itu belum menepati keindahan dan kesempurnaan seperti yang dikehendaki oleh Allah S.W.T tanpa pembentukan keindahan rohani.


- Sebutan al-Insan di dalam al-Quran telah berulang lebih daripada 60 kali. Ini menunjukkan betapa besar dan tingginya perhatian yang diberikan oleh Allah S.W.T terhadap insan dan keunggulan martabatnya dibandingkan dengan makhluk-makhluk yang lain.

    2. Manusia sebagai khalifah :

    - Terkandung dalam pengertian Khalifah ialah menguasai dan memerintah ataupun mempunyai sifat ketuanan yang diakui dalam al-Quran. Sebagai khalifah, manusia diberi mandat oleh Allah S.W.T untuk manjadi tuan kepada segala makhluk dan segala ciptaan di bumi ini berdasarkan kepada syariat Allah S.W.T untuk menjayakan tugas sebagai khalifah, manusia perlu menuntut ilmu dalam pelbagai bidang.

    3. Manusia ialah haiwan yang berfikir :

    - Insan ialah makhluk yang berfikir. Insan menjadikan alam sekitar sebagai objek renungan dan pengamatan serta arena tempat yang boleh menimbulkan perubahan yang diingini. Insan mampu mempelajari ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan baru. Insan mampu beriman dengan yang ghaib, membezakan di antara yang buruk dan yang baik dan insan mampu menahan hawa nafsunya yang liar. Insan berdaya untuk bekerja dan membina peradaban serta menempa kemajuan. Insan mampu menyingkap rahsia fenomena alam. Lebih jauh dari itu, insan mampu menguasai sumber kekuasaan alam. Kesemuanya ini tidak mampu dilakukan oleh makhluk lain kerana ianya memerlukan pemikiran.

    4. Manusia mempunyai empat (4) demensi :
              i) AKAL
              ii) ROH
              iii) ANGGOTA
              iv) PANCAINDERA

    - Keempat-empat demensi ini perlu kepada keselarasan dan keharmonian untuk memberi kemajuan, kebahagiaan dan kesempurnaankepada manusia. Islam tidak membenarkan hanya satu atau dua demensi sahaja yang berfungsi. Islam berkehendakkan keempat-empat demensi ini berfungsi bersama-sama secara seimbang.

    5. Manusia dan pertumbuhannya :

    - Ia terpengaruh dengan faktor warisan dan alam lingkungan. KETURUNAN dan LINGKUNGAN ialah dua pengaruh besar dalam menentukan pertumbuhan dan perwatakan manusia.

    i ) KETURUNAN ialah ciri yang diwarisi daripada bapa atau datuknya menurut kadar tertentu.
    ii) Manalaka, LINGKUNGAN pula ialah ruang lingkup luar berinteraksi dengan insan dalam kegiatan sehariannya.
    - Pertumbuhan jasmani tidak semestinya sentiasa dipengaruhi oleh keturunan. Begitu juga dengan perwatakan tidak semestinya sentiasa dipengaruhi oleh faktor lingkungan.
    - Islam mahukan kedua-dua faktor keturunan dan persekitaran dijaga rapi daripada pencemaran najis Syaitan yang sentiasa ingin merosakkan manusia.

      PERKEMBANGAN MANUSIA

      1. Poyang manusia ialah Nabi Allah Adam a.s diciptakan daripada tanah.
      2. Dalam rahim ibu berlangsungnya pembentukan jasad melalui janin.
      3. Dalam jasad itu ditiupkan roh.
      4. Akal merupakan fungsi roh. Akal adalah perkaitan antara otak dan qalbu.
      5. Allah menciptakan manusia supaya memperhambakan diri kepada-Nya.
      6. Tujuan Allah mengirimkan manusia ke alam ini ialah untuk dijadikan Khalifah. (membina tamadun Islam)
      7. Amalan baik dan buruk yang dilakukan dalam kehidupan sebagai khalifah dan sebagai hamba Allah akan menentukan nasibnya di Akhirat kelak.


      Muzaakirah ini disediakan oleh :
      SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
      PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
      KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

        0 comments:

        Post a Comment