Friday 21 September 2012

Latih Tubi Pengajian Islam

Posted by ITTILA' On 06:15 2 comments


1. Terangkan 5 Konsep Asas Islam yang melayakkan Islam sebagai agama yang sempurna.

Jawapan :
Konsep Pertama : Islam
- Islam dari sudut bahasa ialah : Tulin, suci dari sebarang kecatatan, kedamaian atau kesejahteraan, ketaatan, kepatuhan dan penyerahan diri kepada Allah.

- Islam menurut istilah ialah : Mentauhidkan Allah S.W.T, patuh, tunduk dan ikhlas kepadanya, serta beriman dengan ajaran Allah yang disampaikan melalui nabi Muhammad S.A.W.

Konsep Kedua : Iman
- Iman dari segi bahasa ialah : Tasdiq (membenarkan).

- Dari segi istilah ialah : Tasdiq dengan hati akan apa yang diketahui yang ianya daripada Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W serta berikrar dengan lidah dan beramal dengannya.

Konsep Ketiga : Ihsan
- Dalam sebuah hadis , Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa, "Ihsan ialah : "Bahawa kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah S.W.T melihat kamu."

Konsep Keempat : Taqwa
- Taqwa berasal dari kata "Wiqoyah" bererti menjaga, memelihara atau melindung.

- Dari segi istilah ialah : Menjaga diri daripada perkara-perkara yang membawa kepada dosa, iaitu dengan melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang atau ditegah oleh Allah S.W.T.

- Taqwa dari segi istilah juga bererti : Menjadikan Allah sebagai penjaga, pemelihara atau pelindung.

Konsep Kelima : Aqidah
- Aqidah dari segi bahasa berasal dari perkataan ('aqoda) yang bermaksud ikatan atau sangkutan yang menyimpulkan sesuatu.

- Menurut istilah 'Aqidah bererti : Kepercayaan, keyakinan atau keimanan yang mantap dan tidak mudah terurai oleh pengaruh mana pun sama ada dari dalam atau dari luar dari diri seseorang itu kepada Allah S.W.T.

----------------------------------------------------

2. Objektif secara amnya terbahagi kepada dua bahagian. Pertama objektif Allah S.W.T kepada makhluk, kedua objektif Allah S.W.T kepada Syari'at. Terangkan kedua-dua objektif tersebut.

Jawapan :
- Objektif secara am terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

1. PERTAMA : Objektif Allah kepada makhluk
- iaitu penyembahan kepada Allah tanpa menyegutui-Nya dengan sesuatu apapun.

Firman Allah dalam surah Az-Zariyaat : 56 :

Maksudnya :
"Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku".

2. KEDUA : Objektif Khaliq kepada Syari'at ;
- iaitulah tujuan yang telah ditetapkan oleh Allah dalam setiap hukumnya.


----------------------------------------------------

3. Jelaskan konsep Rabbani, Syumul dan Sederhana dalam ciri-ciri khusus Islam.


----------------------------------------------------

4. Dalam Islam, ilmu pengetahuan itu mempunyai tingkatan yang berbeza pada keutamaan dan nilai. Nyatakan tingkatan yang pertama sehingga yang kelima (5) dalam tingkatan tersebut berdasarkan tertib keutamaannya dalam Islam.

Jawapan :
Pengetahuan itu mempunyai tingkatan yang berbeza pada keutamaan dan nilai :

- Tingkat tertinggi ialah mengenali Allah.
- Tingkat kedua adalah mengenali rukun-rukun Iman.
- Tingkat ketiga ialah mengenali hukum-hukum Syariat.
- Tingkat keempat ialah mengenali ilmu-ilmu alat (seperti bahasa dan lain-lain)
- Tingkat kelima ialah memahami konsep manusia.

----------------------------------------------------

5. Islam menetapkan tahap-tahap nilai yang wajib dijadikan panduan kepada ummatnya. Hal ini agar manusia tidak tertipu oleh hawa nafsunya sendiri. Apakah tahap-tahap nilai tersebut?


Jawapan :
Tahap-tahap tersebut ialah :


1. Nilai-Nilai Makruf (Baik).
    Terdapat tiga jenis nilai makruf :

    a) Harus (mubah) : Harus melakukan sesuatu. Jika dilakukan tidak mendapat pahala. Sekiranya tidak dilakukan tidak mendapat sebarang dosa.

    b) Sunat (matlub) : Sekiranya dilakukan dapat pahala. Sekiranya ditinggalkan tiada balasan siksa.

    c) Wajib (fardu) : Mesti dilakukan. Sekiranya melakukannya diberi pahala. Sekiranya meninggalkannya adalah dosa dan dikenakan siksa.

2. Nilai-Nilai Mungkar (Buruk).
    Terdapat dua jenis nilai mungkar :

    a) Makruh : Merupakan sesuatu yang dibenci. Sekiranya dilakukan tidak diberi pahala. Sekiranya ditinggalkan diberi pahala.

    b) Haram : Sesuatu yang dilarang oleh Allah. Sekiranya dilakukan dikenakan siksaan @ berdosa. Sekiranya meninggalkannya diberi pahala.

Nilai baik dan buruk ditentukan oleh Islam bukan berdasarkan hawa nafsu yang kebiasaannya mengarah ke arah kerosakkan. Jika sesuatu itu baik pada pandangan akal manusia tetapi buruk pada pandangan Islam, maka nilai ituadalah nilai buruk. Demikianlah sebaliknya. Contohnya, berzina itu haram. Ia adalah buruk pada pandangan Islam walaupun pada pandangan nafsu ia adalah baik. Minum arak adalah haram. Ia buruk pada pandangan Islam. Berzakat adalah baik. Solat itu baik. 


Muzaakirah ini disediakan oleh :
SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

2 comments:

assalamualaikum sheikh , saya ade mggunakan buku tuan sebagi rujukan untuk tugasan saya . jadi bolehkah saya ingin kan butiran berikut untuk saya senaraikan sebagai bahn rujukan saya .
1. nama penulis
2. tahun buku dicetak
3. penerbit
4. tajuk penuh buku
5 .tempat buku dicetak

Did you realize there is a 12 word phrase you can communicate to your man... that will induce deep feelings of love and instinctual appeal to you deep inside his chest?

Because deep inside these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's impulse to love, cherish and protect you with his entire heart...

12 Words Who Trigger A Man's Love Response

This impulse is so built-in to a man's brain that it will make him try better than before to do his best at looking after your relationship.

Matter-of-fact, triggering this mighty impulse is absolutely important to achieving the best possible relationship with your man that the moment you send your man one of the "Secret Signals"...

...You will immediately find him expose his soul and heart to you in a way he never experienced before and he will distinguish you as the only woman in the universe who has ever truly attracted him.

Post a Comment