Friday 21 September 2012

MUQADDIMAH

Posted by ITTILA' On 22:33


Segala puji bagi Allah S.W.T yang memberi kita petunjuk. Selawat dan salam ke atas baginda S.A.W, kaum keluarga baginda, para sahabat, para Taabi'iin dan para Atba'u al-Taabi'iin.

Laman ini dibuat adalah bagi memudahkan mahasiswa membaca melalui internet,  nota yang terdapat dari kitab Muzaakirah MPW Pengajian Islam 2012/2013. Ia merupakan nota-nota kepada Kursus Pengajian Islam khususnya kepada pelajar-pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Topik-topik yang terdapat di dalamnya disusun berdasarkan susunan yang terdapat di dalam silibus kursus Pengajian Islam KUIN.

Topik perbincangan ialah Islam sebagai agama dan tamadun. Ia mengupas konsep Islam dan konsep tamadun serta ciri-ciri tamadun Islam berbanding dengan tamadun lain. Membincangkan epistemologi dan aksiologi Islam, menjelaskan maksud ilmu dalam Islam, hierarki ilmu serta penerimaan ilmu, membincangkan kekeluargaan, kemasyarakatan, pendidikan, konsep pemerintahan dan pentadbiran. Ada juga membincangkan tentang konsep kesenian menurut Islam dan keruntuhan akhlak masyarakat Islam masa kini. Di samping  itu, isu-isu semasa yang bersifat global turut juga dibincangakan dalam kursus ini.

Segala kekurangan yang terdapat dalam Muzaakirah ini akan dibaiki dari masa ke masa. Mudah-mudahan ianya mendatangkan manfaat kepada pelajar-pelajar di dunia dan di akhirat. Amin...

Muzaakirah ini disediakan oleh :
SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

Latih Tubi Pengajian Islam

Posted by ITTILA' On 06:15


1. Terangkan 5 Konsep Asas Islam yang melayakkan Islam sebagai agama yang sempurna.

Jawapan :
Konsep Pertama : Islam
- Islam dari sudut bahasa ialah : Tulin, suci dari sebarang kecatatan, kedamaian atau kesejahteraan, ketaatan, kepatuhan dan penyerahan diri kepada Allah.

- Islam menurut istilah ialah : Mentauhidkan Allah S.W.T, patuh, tunduk dan ikhlas kepadanya, serta beriman dengan ajaran Allah yang disampaikan melalui nabi Muhammad S.A.W.

Konsep Kedua : Iman
- Iman dari segi bahasa ialah : Tasdiq (membenarkan).

- Dari segi istilah ialah : Tasdiq dengan hati akan apa yang diketahui yang ianya daripada Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W serta berikrar dengan lidah dan beramal dengannya.

Konsep Ketiga : Ihsan
- Dalam sebuah hadis , Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa, "Ihsan ialah : "Bahawa kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah S.W.T melihat kamu."

Konsep Keempat : Taqwa
- Taqwa berasal dari kata "Wiqoyah" bererti menjaga, memelihara atau melindung.

- Dari segi istilah ialah : Menjaga diri daripada perkara-perkara yang membawa kepada dosa, iaitu dengan melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang atau ditegah oleh Allah S.W.T.

- Taqwa dari segi istilah juga bererti : Menjadikan Allah sebagai penjaga, pemelihara atau pelindung.

Konsep Kelima : Aqidah
- Aqidah dari segi bahasa berasal dari perkataan ('aqoda) yang bermaksud ikatan atau sangkutan yang menyimpulkan sesuatu.

- Menurut istilah 'Aqidah bererti : Kepercayaan, keyakinan atau keimanan yang mantap dan tidak mudah terurai oleh pengaruh mana pun sama ada dari dalam atau dari luar dari diri seseorang itu kepada Allah S.W.T.

----------------------------------------------------

2. Objektif secara amnya terbahagi kepada dua bahagian. Pertama objektif Allah S.W.T kepada makhluk, kedua objektif Allah S.W.T kepada Syari'at. Terangkan kedua-dua objektif tersebut.

Jawapan :
- Objektif secara am terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

1. PERTAMA : Objektif Allah kepada makhluk
- iaitu penyembahan kepada Allah tanpa menyegutui-Nya dengan sesuatu apapun.

Firman Allah dalam surah Az-Zariyaat : 56 :

Maksudnya :
"Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku".

2. KEDUA : Objektif Khaliq kepada Syari'at ;
- iaitulah tujuan yang telah ditetapkan oleh Allah dalam setiap hukumnya.


----------------------------------------------------

3. Jelaskan konsep Rabbani, Syumul dan Sederhana dalam ciri-ciri khusus Islam.


----------------------------------------------------

4. Dalam Islam, ilmu pengetahuan itu mempunyai tingkatan yang berbeza pada keutamaan dan nilai. Nyatakan tingkatan yang pertama sehingga yang kelima (5) dalam tingkatan tersebut berdasarkan tertib keutamaannya dalam Islam.

Jawapan :
Pengetahuan itu mempunyai tingkatan yang berbeza pada keutamaan dan nilai :

- Tingkat tertinggi ialah mengenali Allah.
- Tingkat kedua adalah mengenali rukun-rukun Iman.
- Tingkat ketiga ialah mengenali hukum-hukum Syariat.
- Tingkat keempat ialah mengenali ilmu-ilmu alat (seperti bahasa dan lain-lain)
- Tingkat kelima ialah memahami konsep manusia.

----------------------------------------------------

5. Islam menetapkan tahap-tahap nilai yang wajib dijadikan panduan kepada ummatnya. Hal ini agar manusia tidak tertipu oleh hawa nafsunya sendiri. Apakah tahap-tahap nilai tersebut?


Jawapan :
Tahap-tahap tersebut ialah :


1. Nilai-Nilai Makruf (Baik).
    Terdapat tiga jenis nilai makruf :

    a) Harus (mubah) : Harus melakukan sesuatu. Jika dilakukan tidak mendapat pahala. Sekiranya tidak dilakukan tidak mendapat sebarang dosa.

    b) Sunat (matlub) : Sekiranya dilakukan dapat pahala. Sekiranya ditinggalkan tiada balasan siksa.

    c) Wajib (fardu) : Mesti dilakukan. Sekiranya melakukannya diberi pahala. Sekiranya meninggalkannya adalah dosa dan dikenakan siksa.

2. Nilai-Nilai Mungkar (Buruk).
    Terdapat dua jenis nilai mungkar :

    a) Makruh : Merupakan sesuatu yang dibenci. Sekiranya dilakukan tidak diberi pahala. Sekiranya ditinggalkan diberi pahala.

    b) Haram : Sesuatu yang dilarang oleh Allah. Sekiranya dilakukan dikenakan siksaan @ berdosa. Sekiranya meninggalkannya diberi pahala.

Nilai baik dan buruk ditentukan oleh Islam bukan berdasarkan hawa nafsu yang kebiasaannya mengarah ke arah kerosakkan. Jika sesuatu itu baik pada pandangan akal manusia tetapi buruk pada pandangan Islam, maka nilai ituadalah nilai buruk. Demikianlah sebaliknya. Contohnya, berzina itu haram. Ia adalah buruk pada pandangan Islam walaupun pada pandangan nafsu ia adalah baik. Minum arak adalah haram. Ia buruk pada pandangan Islam. Berzakat adalah baik. Solat itu baik. 


Muzaakirah ini disediakan oleh :
SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

Thursday 20 September 2012

PENGERTIAN MUAMALAT

Posted by ITTILA' On 08:31


MUAMALAT ialah semua hukum Syariat yang berkaitan dengan urusan atau hal-hal keduniaan.

Secara jelasnya muamalat itu merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah S.W.T yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam.

Pentakrifan di atas ialah takrif muamalat secara umum. Manakala takrifnya secara khusus ialah :

- Urusan dunia yang berkaitan hal-hal ekonomi yang menjadi tumpuan kepada semua manusia bagi memperolehi kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

KONSEP HARTA :

- Segala harta yang ada di alam ini sama ada di muka bumi, di laut atau di dasarnya adalah milik Allah S.W.T secara mutlak.


Muzaakirah ini disediakan oleh :
SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

PENGERTIAN MUNAKAHAT

Posted by ITTILA' On 08:20


MUNAKAHAT ialah : suatu ilmu yang berkaitan dengan hal-hal perkahwinan.

1. PENGERTIAN MUNAKAHAT (NIKAH)

i) Dari segi bahasa : Ikatan atau simpulan.
ii) Dari segi istilah Syarak : Suatu ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan batas hak dan kewajipan serta bertolong-tolongan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan, yang di antara keduanya bukan mahram.

Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah S.A.W dan digalakkan di dalam Islam serta dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Nikah itu sunnahku, maka barang siapa membenci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku."
(Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

2. HUKUM BERKAHWIN
- Hukum berkahwin berubah-ubah berdasarkan faktor niat seseorang yang ingin berkahwin dan faktor perbelanjaan. Hukumnya adalah seperti yang berikut :

i) WAJIB
- Orang yang cukup perbelanjaan dan tidak dapat mengawal nafsunya.

ii) SUNAT
- Orang yang cukup perbelanjaan dan ingin berkahwin.

iii) MAKRUH
- Orang yang cukup perbelanjaan tetapi tiada keinginan untuk berkahwin.

iv) HARAM
- Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab.

PENGERTIAN AKHLAK

Posted by ITTILA' On 07:32


AKHLAK ialah tingkahlaku yang dipengaruhi oleh nilai yang diyakini oleh seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya.

Akhlak yang baik dan akhlak yang buruk merupakan dua jenis tingkahlaku yang berlawanan dan terpancar daripada dua sistem nilai yang berbeza (nilai baik dan nilai buruk). Kedua-duanya memberi kesan secara langsung kepada kualitiindividu dan masyarakat.

Sejarah membuktikan bahawa sesebuah masyarakat itu, yang inginkan kejayaan haruslah bermula daripada pembinaan sistem nilai yang kukuh, yang dipengaruhi oleh unsur-unsur kebaikan yang terpancar daripada aqidah yang benar.

Oleh kerana itu, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya aku diutuskan untuk melengkapkan akhlak yang mulia."
(Riwayat al-Baihaqi)

AQIDAH MENCORAKKAN AKHLAK

Pembentukkan nilai-nilai akhlak itu bergantung kepada bagaimana manusia memberikan jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan yang asasi dalam hidup;

1. Siapakah yang menciptakan alam ini dan apakah tujuannya?
2. Apakah tujuan manusia ditempatkan di Bumi?

Jawapan-jawapan kepada persoalan asas mengenai kehidupan ini akan menentukan dan mencorak nilai-nilai akhlak yang dimiliki oleh seseorang atau sesuatu kebudayaan.


Muzaakirah ini disediakan oleh :
SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

OBJEKTIF SYARI'AT

Posted by ITTILA' On 06:29


OBJEKTIF SYARI'AT :

- Objektif secara am terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

1. PERTAMA : Objektif Allah kepada makhluk
- iaitu penyembahan kepada Allah tanpa menyegutui-Nya dengan sesuatu apapun.

Firman Allah dalam surah Az-Zariyaat : 56 :

Maksudnya :
"Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku".

2. KEDUA : Objektif Khaliq kepada Syari'at ;
- iaitulah tujuan yang telah ditetapkan oleh Allah dalam setiap hukumnya.



Muzaakirah ini disediakan oleh :
SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

PEMBAHAGIAN MASLAHAH

Posted by ITTILA' On 05:55


- [ MASLAHAH TERBAHAGI KEPADA TIGA IAITU ] :

PERTAMA : DHORURIYYAT
- Terdapat lima (5) perkara Dharuriyyat iaitu :

1. Menjaga Agama
2. Menjaga Nyawa (Diri)
3. Menjaga Akal
4. Menjaga Keturunan (Maruah)
5. Menjaga Harta

KEDUA : HAJIYYAT
- ialah perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup. Namun manusia hidup walau tanpa kewujudannya.

KETIGA : TAHSINIYYAT
- iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup lebih mulia. Contohnya Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara penutupan mengikut tempat dan suasana. ia lebih mirip kepada unsur kesempurnaan dan kemewahan.


Muzaakirah ini disediakan oleh :
SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

CIRI-CIRI KHUSUS AGAMA ISLAM

Posted by ITTILA' On 05:37


- [ 8 CIRI-CIRI KHUSUS AGAMA ISLAM ]

1. CIRI PERTAMA : RABBANI

2. CIRI KEDUA : SYUMUL

3. CIRI KETIGA : UMUM

4. CIRI KEEMPAT : SEIMBANG DAN SEDERHANA

5. CIRI KELIMA : TETAP DAN ANJAL

6. CIRI KEENAM : JELAS

7. CIRI KETUJUH : IDEAL DAN REALISTIK

8. CIRI KELAPAN : BALASAN DUNIA AKHIRAT


Muzaakirah ini disediakan oleh :
SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

KONSEP-KONSEP ASAS AGAMA ISLAM

Posted by ITTILA' On 04:26


- [ ISLAM SEBAGAI SUATU CARA HIDUP YANG SEMPURNA ]

PENGERTIAN AGAMA ISLAM


Perkataan Agama atau bahasa Arabnya disebut "Ad-Diin" bermaksud :
- Suatu cara hidup, bentuk hidup, peraturan hidup atau pegangan hidup.

Jika dua perkataan iaitu Agama dan Islam itu digandingkan, maka ia akan menjadi AGAMA ISLAM yang membawa maksud cara hidup Islam, pegangan hidup Islam.

Dari segi Istilah pula ialah : Agama di sisi Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W sebagai kesinambungan daripada nabi-nabi yang terdahulu.

Firman Allah :
إن الدين عند الله الإسلام
Maksudnya :
"Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam." (Ali Imran : 19)

Agama Islam itu mempunyai rukun atau asasnya yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Rukun tersebut ialah :
1. Islam          2.Iman           3. Ihsan


Muzaakirah ini disediakan oleh :
SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

AL-QUR'AN

Posted by ITTILA' On 03:38


1. PENGERTIAN AL-QUR'AN
- AL-QUR'AN ialah Kalamullah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad S.A.W dalam bahasa Arab sebagai pedoman hidup bagi setiap Muslim dan sebagai penyempurna terhadap kitab-kitab Allah yang sebelumnya.

2. PEMBAHAGIAN ISI AL-QUR'AN
- AL-QUR'AN terdiri dari 114 surah; 91 surah diturunkan di Makkah dan 23 surah diturunkan di Madinah. Ada yang berpendapat, 86 diturunkan di Makkah, dan 28 di Madinah.

- Surah yang diturunkan di Makkah dinamakan Makkiyyah, pada umumnya surah-surahnya pendek-pendek, menyangkut soal prinsip-prinsip keimanan dan akhlaq, panggilannya ditujukan kepada manusia.

- Manakala surah yang diturunkan di Madinah disebut Madaniyyah, pada umumnya surah-surahnya panjang, berkaitan dengan peraturan-peraturan yang mengatur hubungan seseorang dengan Tuhan atau seseorang dengan lainnya.

- AL-QUR'AN itu mempunyai 30 juz.

3. NAMA-NAMA AL-QUR'AN

    i)  Al-Kitab = Tulisan yang lengkap

    ii) Al-Furqan = Memisahkan yang Haq dari yang Bathil.

   iii) Al-Mau'idhah = Nasihat.

   iv) Asy-Syifa' = Penawar.

    v) Al-Huda = Yang Memimpin.

   vi) Al-Hikmah = Kebijaksanaan.

   vii) Al-Hukmu = Keputusan.

  viii) Al-Khoir = Kebaikan.

   ix) Adz-Dzikru = Peringatan.


Muzaakirah ini disediakan oleh :
SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

QIYAS

Posted by ITTILA' On 03:04


- Dari segi bahasa ialah : Menyamakan sesuatu dengan sesuatu.

- Dari segi istilah : Menyamakan masalah yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam nas dengan masalah yang dijelaskan hukumnya di dalam nas kerana terdapat persamaan 'illah pada kedua masalah tersebut.

DALIL QIYAS DIJADIKAN SUMBER HUKUM

"Maka ambillah pelajaran dan insaflah (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya."

(Al-'itibar)adalah disuruh pada setiap pekerjaan. (Al-'itibar) ialah membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.

Ijtihad dengan fikiran pada sesuatu hukum hendaklah kembali kepada hukum asal itu sendiri. Inilah dinamakan Qiyas.


Muzaakirah ini disediakan oleh :
SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

DALIL AQAL

Posted by ITTILA' On 02:47


Al-Quran tidak memperincikan semua perkara di dunia ini tetapi Al-Quran memberikan petunjuk yang asas bagi setiap perkara di mana pada setiap asas-asas itu disokong oleh hadis dan seterusnya boleh dikembangkan dengan cara menggunakan Qias.

Jika sekiranya Qias tidak diterima sebagai dalil syarak, maka setiap perkara itu yang timbul tidak akan boleh diselesaikan . Maka agama Islam akan beku dan tidak berkembang dan tidak sesuai dengan peredaran zaman.


Muzaakirah ini disediakan oleh :
SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

AS-SUNNAH / AL-HADIS

Posted by ITTILA' On 02:37


1. PENGERTIAN : 
- Dari segi bahasa : baru dan khabar

- Dari segi istilah : Segala perbuatan, perkataan dan keizinan Nabi Muhammad S.A.W. (Af'al, Aqwal dan Taqrir)

Pengertian hadis sebagaimana tersebut di atas adalah sama dengan Sunnah, yang bereti jalan atau tradisi, sebagaimana dalam Al-Qur'an : "Sunnata man qad arsalna" (Al-Isra' : 77)

2. As-Sunnah Sebagai Sumber Nilai :
- Sunnah adalah sumber Hukum Islam (Pedoman Hidup Kaum Muslimin) yang kedua setelah Al-Quran. bagi mereka yang beriman dengan Al-Quran sebagai sumber hukum, maka wajib percaya bahawa Sunnah sebagai sumber Islam juga.

- Ayat-ayat Al-Quran cukup banyak untuk dijadikan alasan yang pasti tentang hal ini, seperti : Setiap mukmin itu harus taat kepada Allah dan rasul-Nya (Al-Anfal : 20, Muhammad : 33, An-Nisa' : 59, Ali Imran : 32, Al-Mujadalah : 13, An-Nur : 54, Al-Maidah : 92).

- Apabila Sunnah tidak berfungsi sebagai sumber hukum, maka kaum Muslimin akan menghadapi kesulitan-kesulitan dalam hal : cara sembahyang, kadar dan ketentuan zakat, cara haji dan sebagainya. Sebab ayat-ayat Al-Quran dalam hal tersebut hanya berbicara secara umum dan yang menjelaskan secara terperinci ialah Sunnah Rasulullah.

- Selain itu, akan mendapati kesukaran-kesukaran dalam hal menafsirkan ayat-ayat yang musytarak, mujmal dan sebagainya.


Muzaakirah ini disediakan oleh :
SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

MANUSIA

Posted by ITTILA' On 01:48


ONTOLOGI : ialah cabang ilmu falsafah yang berkaitan dengan fitrah makhluk.

1. Manusia adalah ciptaan yang terindah di jagat raya :

- Allah menegaskan bahawa kejadian insan adalah sebaik-baik makhluk dan kejadian. Keindahan yang dikehendaki ialah keindahan rohani dan jasmani. Bentuk lahir insan memang telah indah dan sempurna. Tetapi keindahan dalam bentuk lahirnya itu belum menepati keindahan dan kesempurnaan seperti yang dikehendaki oleh Allah S.W.T tanpa pembentukan keindahan rohani.


- Sebutan al-Insan di dalam al-Quran telah berulang lebih daripada 60 kali. Ini menunjukkan betapa besar dan tingginya perhatian yang diberikan oleh Allah S.W.T terhadap insan dan keunggulan martabatnya dibandingkan dengan makhluk-makhluk yang lain.

    2. Manusia sebagai khalifah :

    - Terkandung dalam pengertian Khalifah ialah menguasai dan memerintah ataupun mempunyai sifat ketuanan yang diakui dalam al-Quran. Sebagai khalifah, manusia diberi mandat oleh Allah S.W.T untuk manjadi tuan kepada segala makhluk dan segala ciptaan di bumi ini berdasarkan kepada syariat Allah S.W.T untuk menjayakan tugas sebagai khalifah, manusia perlu menuntut ilmu dalam pelbagai bidang.

    3. Manusia ialah haiwan yang berfikir :

    - Insan ialah makhluk yang berfikir. Insan menjadikan alam sekitar sebagai objek renungan dan pengamatan serta arena tempat yang boleh menimbulkan perubahan yang diingini. Insan mampu mempelajari ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan baru. Insan mampu beriman dengan yang ghaib, membezakan di antara yang buruk dan yang baik dan insan mampu menahan hawa nafsunya yang liar. Insan berdaya untuk bekerja dan membina peradaban serta menempa kemajuan. Insan mampu menyingkap rahsia fenomena alam. Lebih jauh dari itu, insan mampu menguasai sumber kekuasaan alam. Kesemuanya ini tidak mampu dilakukan oleh makhluk lain kerana ianya memerlukan pemikiran.

    4. Manusia mempunyai empat (4) demensi :
              i) AKAL
              ii) ROH
              iii) ANGGOTA
              iv) PANCAINDERA

    - Keempat-empat demensi ini perlu kepada keselarasan dan keharmonian untuk memberi kemajuan, kebahagiaan dan kesempurnaankepada manusia. Islam tidak membenarkan hanya satu atau dua demensi sahaja yang berfungsi. Islam berkehendakkan keempat-empat demensi ini berfungsi bersama-sama secara seimbang.

    5. Manusia dan pertumbuhannya :

    - Ia terpengaruh dengan faktor warisan dan alam lingkungan. KETURUNAN dan LINGKUNGAN ialah dua pengaruh besar dalam menentukan pertumbuhan dan perwatakan manusia.

    i ) KETURUNAN ialah ciri yang diwarisi daripada bapa atau datuknya menurut kadar tertentu.
    ii) Manalaka, LINGKUNGAN pula ialah ruang lingkup luar berinteraksi dengan insan dalam kegiatan sehariannya.
    - Pertumbuhan jasmani tidak semestinya sentiasa dipengaruhi oleh keturunan. Begitu juga dengan perwatakan tidak semestinya sentiasa dipengaruhi oleh faktor lingkungan.
    - Islam mahukan kedua-dua faktor keturunan dan persekitaran dijaga rapi daripada pencemaran najis Syaitan yang sentiasa ingin merosakkan manusia.

      PERKEMBANGAN MANUSIA

      1. Poyang manusia ialah Nabi Allah Adam a.s diciptakan daripada tanah.
      2. Dalam rahim ibu berlangsungnya pembentukan jasad melalui janin.
      3. Dalam jasad itu ditiupkan roh.
      4. Akal merupakan fungsi roh. Akal adalah perkaitan antara otak dan qalbu.
      5. Allah menciptakan manusia supaya memperhambakan diri kepada-Nya.
      6. Tujuan Allah mengirimkan manusia ke alam ini ialah untuk dijadikan Khalifah. (membina tamadun Islam)
      7. Amalan baik dan buruk yang dilakukan dalam kehidupan sebagai khalifah dan sebagai hamba Allah akan menentukan nasibnya di Akhirat kelak.


      Muzaakirah ini disediakan oleh :
      SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
      PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
      KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

        PENGETAHUAN

        Posted by ITTILA' On 01:01


        EPISTEMOLOGI : merupakan teori tentang ilmu pengetahuan. Ia berasal dari perkataan Yunani. 

        EPISTEME : bermaksud PENGETAHUAN.

        LOGOS : bermakna TEORI.

        1. Tujuan utama pendidikan adalah pengetahuan.

        2. Pengetahuan manusia mempunyai berbagai sumber :
        - Wahyu
        - Ilham
        - Instuisi
        - Pancaindera
        - Akal (berfikir)
        - Pengalaman
        3. Pengetahuan itu mempunyai tingkatan yang berbeza pada keutamaan dan nilai :

        - Tingkat tertinggi ialah mengenali Allah.
        - Tingkat kedua adalah mengenali rukun-rukun Iman.
        - Tingkat ketiga ialah mengenali hukum-hukum Syariat.
        - Tingkat keempat ialah mengenali ilmu-ilmu alat (seperti bahasa dan lain-lain)
        - Tingkat kelima ialah memahami konsep manusia.
        - Tingkat keenam ialah jagat raya masyarakat dan kehidupan.
        4. Pengetahuan yang terbaik ialah yang terkandung di dalamnya keyakinan dan kesesuaiannya dengan agama, timbul rasa ketenangan di dalam jiwa, beramal dengan baik.

        5. Pengetahuan terbahagi kepada dua :

        - Pengetahuan biasa
        - Pengetahuan ilmiah.
        6. Pengetahuan itu terpisah dari akal yang mengetahuinya. Manusia tidak cerdik secara semulajadi. Mereka perlu berusaha memperolehi ilmu pengetahuan dengan kekuatan akal dan bersungguh-sungguh.


        Muzaakirah ini disediakan oleh :
        SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
        PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
        KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

        PENGKELASAN KONSEP TUHAN, MANUSIA DAN ALAM

        Posted by ITTILA' On 00:09


        Kosmologi : ialah salah satu bidang falsafah yang menkaji asal-usul proses dan struktur alam.


        PRINSIP PERTAMA :

        - PENDIDIKAN
        ialah proses mencari pengalaman dan perubahan. Ianya terhasil melalui interaksi seseorang dengan alam sekitar.

        - Perbezaan watak, akhlak, adat, tradisi dan cara hidup penduduk dengan iklim yang berbeza mendidik manusia mempelajari budaya satu sama lain. Penduduk dipersisiran pantai berbeza dengan penduduk di gurun dan pergunungan.

        - Proses mencari pengalaman dan perubahan semestinya mempunyai guru yang boleh membimbing manusia untuk membuat pilihan yang tepat bersesuaian dengan kehendak Allah. Tanpa pembimbing akan menyebabkan manusia akan hilang arah lalu terjerumus dalam kesesatan.

        PRINSIP KEDUA

        - Alam beerti segala sesuatu selain Allah S.W.T. Ianya termasuklah cakerawala, langit, bumi, bintang, gunung, dataran, sungai, tumbuh-tumbuhan, binatang, manusia, benda dan sifat. Manusia adalah unsur alam yang paling efektif serta berdaya untuk memakmurkan alam ini. Dengan sebab itulah, manusia layak dilantik sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

        - Alam ini saling kait mengait antara satu sama yang lain. Ia mempunyai ruang beredar dan tempat bergerak. Setiap bahagian mempunyai wujud, peraturan dan disiplin yang tersendiri. Perkara ini semuanya adalah di bawah qada dan qadar dari Allah. Alam ini patuh dengan fitrah masing-masing yang ditetapkan leh Allah.

        PRINSIP KETIGA

        - WUJUD YANG MUNGKIN adalah dengan benda dan roh. Ini bermakna seseorang muslim yang mantap keimanannya dan percaya bahawa segala WUJUD YANG MUNGKIN semestinya adalah wujud benda dan roh sekaligus. 

        - Kejadian alam ini ada dua jenis :
           1. Alam Benda atau Realiti.
           2. Alam Roh atau Alam Astalika.
        - Agama mengajak manusia menghayati alam roh ini yang penuh dengan kebaikan, yang mana kebaikan tersebut lebih tinggi ertinya dari seluruh yang ada di alam benda. Kesimpulannya ialah kehidupan tidak terhasil kecuali dengan material dan spiritual.

        PRINSIP KEEMPAT

        - Alam dan seluruh isi serta fenomenanya sentiasa berubah. Kenyataan menunjukkan bahawa perubahan itu kadang-kadang kepada yang lebih baik atau lebih buruk. Oleh itu, alam ini mesti dikawal kerana dikhuatiri perubahan berlaku ke arah yang lebih buruk lagi.

        PRINSIP KELIMA

        - Alam berjalan atau bergerak mengikut undang-undang yang pasti. Setiap orang yang mengamati fenomena alam akan mendapat sesuatu kejadian yang rapi dan harmonis. Semua ini kerana alam tunduk dan patuh kepada kekuasaan pencipta alam buana ini.

        - Manusia tunduk seperti bahagian alam yang lain. Tetapi tidaklah seperti makhluk yang lain lantaran manusia tunduk dalam kebebasannya berkehendak dan membuat pilihan. Manusia yang sempurna ialah manusia yang bebas dalam kerangka Syari'at.

        PRINSIP KEENAM

        - Ada hubungan antara sebab dan musabbab.

        - Undang-undang kausal mempertalikan kejadian alam seperti urutan mata rantai yang berentetan. Semuanya kait-mengait.

        - Lantaran sebagai manusia mestilah selalu bergantung, bermunajat dan berdoa kepada Alla S.W.T dalam segala urusan yang dilakukan. Mudah-mudahan mendapat rahmat, taufiq, hidayah dan ri'ayah dari Allah.

        PRINSIP KETUJUH

        - ALAM ini ialah BAHARU. Proses perkembangannya yang kait-mengait menjelmakan ikatan sebab musabbab yang cukup membuktikan baharunya alam ini. Tanda-tanda baharunya alam ini dapat dilihat dari setiap yang berubah dan berkembang dari satu keadaan ke satu keadaan yang lain dan akhirnya hancur dan hilang. Tiap unsu ada titik permulaan dan ada titik akhirnya.

        PRINSIP KELAPAN

        - Allah adalah pencipta alam ini. Penerimaan tentang hakikat baharunya alam ini bererti menerima wujudnya pencipta alam ini. Pencipta alam inilah yang menjaga, melindungi, memelihara dan menggerakkan alam ini serta memperbaharui kejadiannya terus-menerus.

        PRINSIP KESEMBILAN

        - Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan. Allah merupakan pencipta alam. Allah memiliki ciri-ciri unggul sebagai tuhan yang mutlak dan bersifat dengan segala sifat yang sempurna seperti terdapat dalam sifat 20. Allah ialah tuhan sekalian alam, kepada-Nyalah kita bertaqwa, beribadah dan memohon pertolongan.

        Muzaakirah ini disediakan oleh :
        SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
        PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
        KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

        Wednesday 19 September 2012

        KONSEP NILAI

        Posted by ITTILA' On 23:38


        KONSEP NILAI
        Aksiologi ialah : Cabang falsafah yang berkaitan dengan nilai.

        NILAI pada mulanya digunakan dalam bidang EKONOMI, tetapi kemudiannya digunakan dengan lebih meluas lagi.

        PENGERTIAN NILAI

        Terdapat banyak takrif yang berkaitan dengan nilai. Antaranya ialah :

        1. Sesuatu yang menimbulkan minat.

        2. Sifat sesuatu yang diambilkira dan ianya disukai.

        3. Sesuatu yang dikehendaki.

        Jelasnya : NILAI adalah sesuatu yang berharga, bermutu, berkualiti dan berguna sehinggakan mempengaruhi manusia untuk mencapainya.

        JENIS-JENIS NILAI
        Terdapat Empat Jenis Nilai :

        1. NILAI PEMIKIRAN : ianya berkaitan dengan kebenaran seperti nilai bukti dan teori.

        2. NILAI KEINDAHAN : ianya berkaitan dengan kecantikan seperti nilai lukisan dan muzik.

        3. NILAI AKHLAK : ianya berkaitan dengan kebaikan seperti amanah, jujur, ikhlas dan berkata benar.

        4. NILAI KEAGAMAAN : ianya berkaitan dengan agama seperti nilai perhambaan, kekhusyukan dan sebagainya.


        Muzaakirah ini disediakan oleh :
        SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
        PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
        KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

        Hierarki Nilai Menurut Islam

        Posted by ITTILA' On 23:16


        Islam menetapkan tahap-tahap yang wajib dijadikan panduan kepada ummatnya. Hal ini agar manusia tidak ditipu oleh hawa nafsunya sendiri. Tahap-tahap tersebut ialah :

        1. Nilai-Nilai Makruf (Baik).
            Terdapat tiga jenis nilai makruf :

            a) Harus (mubah) : Harus melakukan sesuatu. Jika dilakukan tidak mendapat pahala. Sekiranya tidak dilakukan tidak mendapat sebarang dosa.

            b) Sunat (matlub) : Sekiranya dilakukan dapat pahala. Sekiranya ditinggalkan tiada balasan siksa.

            c) Wajib (fardu) : Mesti dilakukan. Sekiranya melakukannya diberi pahala. Sekiranya meninggalkannya adalah dosa dan dikenakan siksa.

        2. Nilai-Nilai Mungkar (Buruk).
            Terdapat dua jenis nilai mungkar :

            a) Makruh : Merupakan sesuatu yang dibenci. Sekiranya dilakukan tidak diberi pahala. Sekiranya ditinggalkan diberi pahala.

            b) Haram : Sesuatu yang dilarang oleh Allah. Sekiranya dilakukan dikenakan siksan @ berdosa. Sekiranya meninggalkannya diberi pahala.

        Nilai baik dan buruk ditentukan oleh Islam bukan berdasarkan hawa nafsu yang kebiasaannya mengarah ke arah kerosakkan. Jika sesuatu itu baik pada pandangan akal manusia tetapi buruk pada pandangan Islam, maka nilai ituadalah nilai buruk. Demikianlah sebaliknya. Contohnya, berzina itu haram. Ia adalah buruk pada pandangan Islam walaupun pada pandangan nafsu ia adalah baik. Minum arak adalah haram. Ia buruk pada pandangan Islam. Berzakat adalah baik. Solat itu baik.


        Muzaakirah ini disediakan oleh :
        SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
        PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
        KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

        Sumber-Sumber Nilai Dalam Islam

        Posted by ITTILA' On 22:52


        Ketika Rasulullah S.A.W mengutuskan Mu'adz bin Jabal ke Yaman, baginda bertanya kepada Mu'adz, "Dengan pedoman apa kamu memutuskan sesuatu urusan?".

        Jawab Mu'adz : Dengan Kitabullah.

        Tanya Baginda lagi : Kalau tidak ada di dalam Al-Quran?

        Jawab Mu'adz : Dengan Sunnah Rasulullah.

        Tanya Baginda lagi : Kalau dalam Sunnah juga tidak ada?

        Jawab Mu'adz : Saya akan berijtihad dengan fikiran saya.

        Maka Baginda berkata : Maha Suci Allah yang telah memberikan bimbingan kepada utusan Rasul-Nya dengan sikap yang disetujui oleh Rasul-Nya.

        [ Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi]


        Muzaakirah ini disediakan oleh :
        SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
        PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
        KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

        Nama-Nama Al-Qur'an

        Posted by ITTILA' On 22:41


        Al-Kitab = Tulisan yang lengkap

        Al-Furqan = Memisahkan yang Haq dari yang Bathil.

        Al-Mau'idhah = Nasihat.

        Asy-Syifa' = Penawar.

        Al-Huda = Yang Memimpin.

        Al-Hikmah = Kebijaksanaan.

        Al-Hukmu = Keputusan.

        Al-Khoir = Kebaikan.

        Adz-Dzikru = Peringatan.


        Muzaakirah ini disediakan oleh :
        SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
        PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
        KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

        Rukun Qias Ada Empat

        Posted by ITTILA' On 22:35


        Rukun Qias ada Empat (4) :

        1. ASAL : iaitu sesuatu yang menjadi perbandingan atau pengukur seperti gandum.

        2. Farqun (Cabang) : iaitu yang dibandingkan atau yang diukur seperti beras.

        3. Hukum Asal : seperti wajib zakat pada gandum.

        4. Sebab Hukum Asal : seperti wajib zakat gandum ialah makanan yang mengeyangkan lagi boleh pula disimpan.

        Keterangan : Maka beras wajib zakat kerana sama seperti gandum, tempat persamaan adalah makanan yang mengeyangkan lagi pula boleh disimpan.

        AMALAN PARA SAHABAT

        Para sahabat juga telah beramal dengan Qias. Contohnya Saidina Umar al-Khattab r.a pernah menulis kepada Abu Musa al-Ash'ari r.a sebagai garbenor Basrah supaya menggunakan Qias ketika bertugas di sana, di antara isi kandungan surat itu ialah :

        "Pastikan perkara-perkara yang sama dan banding serta qiaskan semua perkara (masalah) yang ada pada kamu dengannya".


        Muzaakirah ini disediakan oleh :
        SHEIKH MOHD FAUZI BIN AUDZIR
        PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN UMUM
        KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH

        Friday 14 September 2012

        Al-Qur'an

        Posted by ITTILA' On 07:03



        Ta’riful Qur’an

        Menurut bahasa, “Qur’an” bererti “bacaan”, pengertian seperti ini dikemukakan dalam Al-Qur’an sendiri iaitu di dalam surah Al-Qiyamah, ayat 17-18:

        “Sesungguhnya mengumpulkan Al-Qur’an (di dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan kami. (Kerana itu), jika kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikuti bacaannya”.

        Adapun menurut istilah Al-Qur’an bererti: “Kalam Allah yang merupakan mu’jizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, yang disampaikan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah”.

        Kalamullah

        Al-Qur’an adalah kalamullah, firman Allah Ta’ala. Ia bukanlah kata-kata manusia. Bukan pula kata-kata jin, syaitan atau malaikat. Ia sama sekali bukan berasal dari fikiran makhluk, bukan syair, bukan sihir, bukan pula hasil pemikiran falsafah manusia. Hal ini ditegaskan oleh Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an surah An-Najm ayat 3-4:

        “…dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Qur’an) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)…”

        Tentang kesucian dan keunikan Al-Qur’an ini perhatikanlah kesaksian objektif Abul Walid seorang jawara sastera pada masa Nabi S.A.W : “Aku belum pernah mendengar kata-kata yang seindah itu. Itu bukanlah syair, bukan sihir dan bukan pula kata-kata ahli tenung. Sesungguhnya Al-Qur’an itu ibarat pohon yang daunnya rendang, akarnya terhujam ke dalam tanah. Susunan kata-katanya manis dan enak didengar. Itu bukanlah kata-kata manusia, ia tinggi dan tak ada yang dapat mengatasinya.” Demikian pernyataan Abul Walid.

        Mu’jizat

        Mu’jizat artinya suatu perkara yang luar biasa, yang tidak akan mampu manusia membuatnya kerana hal itu di luar kesanggupannya. Mu’jizat itu dianugerahkan kepada para nabi dan rasul dengan maksud menguatkan kenabian dan kerasulannya, serta menjadi bukti bahawa agama yang dibawa oleh mereka benar-benar dari Allah Ta’ala.

        Al-Qur’an adalah mu’jizat terbesar Nabi Muhammad saw. Kemu’jizatannya itu diantaranya terletak pada fashahah dan balaghah-nya, keindahan susunan dan gaya bahasanya yang tidak ada tandingannya. Kerana gaya bahasa yang demikian itulah Umar bin Khatthab masuk Islam setelah mendengar Al-Qur’an awal surat Thaha yang dibaca oleh adiknya Fathimah. Abul Walid, terpaksa cepat-cepat pulang begitu mendengar beberapa ayat dari surat Fushshilat.[2]

        Kerana demikian tingginya bahasa Al-Qur’an, mustahil manusia dapat membuat susunan yang serupa dengannya, apalagi menandinginya. Orang yang ragu terhadap kebenaran Al-Qur’an sebagai firman Allah ditantang oleh Allah Ta’ala:

        “Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al-Quran yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad) buatlah satu surat (saja) yang semisal Al-Qur’an itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang memang benar.” (QS. Al-Baqarah: 23)

        Allah sendiri kemudian menegaskan bahwa tidak akan pernah ada seorang pun yang mampu menjawab tantangan ini (QS. 2: 24). Bahkan seandainya bekerjasama jin dan manusia untuk membuatnya, tetap tidak akan sanggup (QS. 17: 88).

        Selain itu, kemukjizatan Al-Qur’an juga terletak pada isinya. Perhatikanlah, sampai saat ini Al-Qur’an masih menjadi sumber rujukan utama bagi para pengkaji ilmu sosial, sains, bahasa, atau ilmu-ilmu lainnya.

        Menurut Miftah Faridl, banyak ayat-ayat Al-Qur’an yang berhubungan dengan ilmu pengetahuan dapat meyakinkan kita bahwa Al-Qur’an adalah firman Allah, tidak mungkin ciptaan manusia, apalagi ciptaan Nabi Muhammad S.A.W yang ummi (7: 158) yang hidup pada awal abad ke enam Masehi (571-632 M)[3]

        Berbagai khabar ghaib tentang masa lampau (tentang kekuasaan di Mesir, Negeri Saba’, Tsamud, ‘Ad, Yusuf, Sulaiman, Daud, Adam, Musa, dll) dan masa depan pun menjadi bukti lain kemu’jizatan Al-Qur’an. Sementara itu jika kita perhatikan cakupan materinya, nampaklah bahwa Al-Qur’an itu mencakup seluruh aspek kehidupan: masalah aqidah, ibadah, hukum kemasyarakatan, etika, moral dan politik, terdapat di dalamnya.

        Al-Munazzalu ‘ala qalbi Muhammad S.A.W

        Al-Qur’an itu diturunkan khusus kepada Nabi Muhammad saw. Sedangkan kalam Allah yang diturunkan kepada nabi-nabi selain Nabi Muhammad saw—seperti Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa atau Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa—tidak bisa dinamakan dan disebut sebagai Al-Qur’an. Demikian pula hadits qudsi[4] tidak bisa disamakan dengan Al-Qur’an.

        Al-Qur’an diturunkan Allah ta’ala kepada Nabi Muhammad saw dengan berbagai cara[5]

        Berupa impian yang baik waktu beliau tidur. Kadang-kadang wahyu itu dibawa oleh malaikat Jibril dengan menyerupai bentuk manusia lelaki, lalu menyampaikan perkataan (firman Allah) kepada beliau. 

        Kadang-kadang malaikat pembawa wahyu itu menampakkan dirinya dalam bentuk yang asli (bentuk malaikat), lalu mewahyukan firman Allah kepada beliau. 

        Kadang-kadang wahyu itu merupakan bunyi genta. Inilah cara yang paling berat dirasakan beliau. 

        Kadang-kadang wahyu itu datang tidak dengan perantaraan malaikat, melainkan diterima langsung dari Hadrat Allah sendiri. 

        Sekali wahyu itu beliau terima di atas langit yang ketujuh langsung dari Hadrat Allah sendiri. 

        Al-Manquulu bi-ttawaatir

        Al-Qur’an ditulis dalam mushaf-mushaf dan disampaikan kepada kita secara mutawatir (diriwayatkan oleh banyak orang), sehingga terpelihara keasliannya. Berikut sekilas sejarah pemeliharaan Al-Qur’an sejak masa Nabi hingga pembukuannya seperti sekarang:

        Pada masa Nabi Al-Qur’an dihafal dan ditulis di atas batu, kulit binatang, pelapah tamar dan apa saja yang bisa dipakai untuk ditulis. Kemudian setahun sekali Jibril melakukan repetisi (ulangan), yakni dengan menyuruh Nabi memperdengarkan Al-Qur’an yang telah diterimanya. Menurut riwayat, di tahun beliau wafat, ulangan diadakan oleh Jibril dua kali.

        Ketika Nabi wafat, Al-Qur’an telah dihafal oleh ribuan manusia dan telah ditulis semua ayat-ayatnya dengan susunan menurut tertib urut yang ditunjukkan oleh Nabi sendiri.

        Berdasarkan usulan Umar bin Khattab, pada masa pemerintahan Abu Bakar diadakan proyek pengumpulan Al-Qur’an. Hal ini dilatar belakangi oleh peristiwa gugurnya 70 orang penghafal Al-Qur’an dalam perang Yamamah. Maka ditugaskanlah Zaid bin Tsabit untuk melakukan pekerjaan tersebut. Ia kemudian mengumpulkan tulisan Al-Qur’an dari daun, pelapah kurma, batu, tanah keras, tulang unta atau kambing dan dari sahabat-sahabat yang hafal Al-Qur’an.

        Dalam upaya pengumpulan Al-Qur’an ini, Zaid bin Tsabit bekerja sangat teliti. Sekalipun beliau hafal Al-Qur’an seluruhnya, tetapi masih memandang perlu mencocokkan hafalannya dengan hafalan atau catatan sahabat-sahabat yang lain dengan disaksikan dua orang saksi. Selanjutnya, Al-Qur’an ditulis oleh Zaid bin Tsabit dalam lembaran-lembaran yang diikatnya dengan benang, tersusun menurut urutan ayat-ayatnya sebagaimana yang telah ditetapkan Rasulullah S.A.W.

        Pada masa Utsman terjadi ikhtilaf tentang mushaf Al-Qur’an, yakni berkaitan dengan ejaan, qiraat dan tertib susunan surat-surat. Oleh karena itu atas usulan Huzaifah bin Yaman, Utsman segera membentuk panitia khusus yang dipimpin Zaid bin Tsabit beranggotakan Abdullah bin Zubair, Saad bin Ash dan Abdurrahman bin Harits bin Hisyam untuk melakukan penyeragaman dengan merujuk kepada lembaran-lembaran Al-Qur’an yang ditulis pada masa khalifah Abu Bakar yang disimpan oleh Hafsah, isteri Nabi S.A.W.

        Al-Qur’an yang dibukukan oleh panitia ini kemudian dinamai “Al-Mushaf” dan dibuat lima rangkap. Satu buah disimpan di Madinah—dinamai “Mushaf Al-Imam”—dan sisanya dikirim ke Mekkah, Syiria, Basrah dan Kufah. Sementara itu lembaran-lembaran Al-Qur’an yang ditulis sebelum proyek ini segera dimusnahkan guna menyatukan kaum muslimin pada satu mushaf, satu bacaan[6], dan satu tertib susunan surat-surat.

        Al-Muta’abbadu bitilawatih

        Membaca Al-Qur’an itu bernilai ibadah. Banyak sekali hadits yang mengungkapkan bahwa membaca Al-Qur’an adalah merupakan bentuk ibadah kepada Allah yang memiliki banyak keutamaan, diantaranya adalah:

        “Bacalah Al-Qur’an, kerana sesungguhnya Allah akan memberi pahala kepadamu kerana bacaan itu untuk setiap hurufnya 10 kebajikan. Saya tidak mengatakan kepada kalian bahwa ‘Alif-Laam-Mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ satu huruf, ‘Laam’ satu huruf dan ‘Miim’ satu huruf” (HR. Hakim).

        “Bacalah Al-Qur’an, kerana sesungguhnya ia akan menjadi cahaya bagimu di bumi dan menjadi simpanan (deposito amal) di langit.” (HR. Ibnu Hibban).

        “Orang yang mahir dalam membaca Al-Qur’an bersama para malaikat yang mulia lagi taat. Dan barangsiapa membaca Al-Qur’an, sementara ada kesulitan (dalam membacanya), maka baginya dua pahala. “ (HR. Bukhari & Muslim)

        ***
        [1] Abul Walid adalah seorang sastrawan Arab yang jarang bandingannya. Suatu saat ia diperintahkan para pemimpin Quraisy untuk menghadap Nabi Muhammad saw dengan maksud membujuk beliau supaya meninggalkan dakwah Islam dengan janji bahwa beliau akan diberi pangkat, harta dan sebagainya. Abul Walid menyampaikan bujukannya ini dan membacakan syair-syair. Tapi kemudian Nabi Muhammad saw membacakan surat Fushilat dari awal sampai akhir. Abul Walid pun tertarik dan terpesona mendengarkan ayat itu sehingga ia termenung memikirkan keindahan gaya bahasanya. Ia kemudian datang kepada para pemimpin Quraisy dan mengatakan kata-kata di atas.

        [2] Pokok-pokok Ajaran Islam, DR. Miftah Faridl, Pustaka Bandung hal. 9.

        [3] Di antara ayat-ayat tersebut umpamanya QS. 39: 6, 6: 125, 23: 12-14, 51: 49, 41: 11: 41, 21: 30-33, 51:7, 49 dan lain-lain

        [4] Menurut para ulama hadits qudsi ialah: “Sesuatu yang diberitakan Allah kepada Nabi saw dengan perantaraan Jibril, atau dengan jalan ilham atau mimpi waktu tidur, lalu oleh beliau disampaikan kepada ummat dengan lafadz dan ucapan beliau sendiri, berdasarkan taufiq dari Allah ta’ala. Apabila Rasulullah saw meriwayatkan hadits qudsi, biasanya mengucapkan “Qaala-Llahu ta’aala” (Allah berfirman…), tapi firman itu tidak dimasukkan dalam Al-Qur’an. Begitu juga uslub-nya (susunan kata) tidak sama dengan uslub ayat-ayat Al-Qur’an.

        [5] Lihat Kelengkapan Tarikh Muhammad (Gema Insani Press) hal. 142-143.

        [6] Bacaan (qiraat) yang dikenal oleh masyarakat muslim saat ini bermacam-macam, tetapi bacaan yang berbeda-beda itu tidak berlawanan dengan ejaan mushaf-mushaf Utsman.