Friday, 14 September 2012

PENGERTIAN AGAMA ISLAM

Posted by اتحاد طلاب اللغة العربية On 05:04 No comments


PENGERTIAN AGAMA ISLAM

PENDAHULUAN
Apabila disebut "Islam" kebanyakan orang memahami ia merujuk kepada suatu sistem kepercayaan dan amalan ibadah yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang disebut "agama. " Sebenarnya pengertian ini tidak tepat kerana Islam bukanlah hanya sekadar sistem kepercayaan atau ibadah tertentu. Istilah yang seringkali diterjemahkan sebagai agama atau religion iaitu din sebenarnya tidak sama pengertiannya dengan "agama" atau religion.

PENGERTIAN AGAMA
Istilah agama berasal dari bahasa Sansekerita dan bererti warisan tertulis yang yang diturunkan dari generasi ke generasi. Istilah ini digunakan oleh orang Hindu untuk merujuk kepada kitab-kitab Vedik, iaitu kitab suci Hindu. Namun begitu, orang Islam di rantau Asia Tenggara yang berbahasa Melayu tidak memahami agama dalam erti Hindu ini (al-Atas, Farid, 2005:3).

Merujuk kepada Kamus Dewan, "agama bererti:
(i) Kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya
(u) Kepercayaan pada yang Maha Kuasa
(ui) Kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain-lain yang dipuja dan sebagainya dan dianggap sebagai sesuatu yang amat berkuasa.

Religion seperti yang difahami di Barat, iaitu, sebagai suatu kepercayaan dan amalan, dianggap sebagai sebahagian daripada budaya dan tidak seharusnya merangkumi keseluruhan sesuatu budaya. Ini disebabkan oleh kenyataan bahawa agama Kristian (Nasrani) di Eropah telah sejak berkurun-kurun menjadi hanya sebahagian daripada kehidupan budaya dan sosial orang Eropah. Jadi, faham "agama" yang terkandung dalam istilah din tidak dapat disamakan dengan yang terkandung dalam istilah religion (al-Atas, Farid, 2005:3). Begitu juga jika masyarakat Melayu memahami "agama" sebagai hanya kepercayaan dan ibadah-ibadah tertentu ia tidak dapat disamakan dengan din.

PENGERTIAN ISLAM
Islam dari segi bahasa merupakan nama terbitan dari kata kerja salima yang boleh membawa maksud:
(i) ketulenan dan kesucian
(u) kedamaian, keamanan atau kesejahteraan
(ui) ketaatan dan penyerahan (Afif Abd al-Fattah Tabbarah, 1969:17).

Islam berbeza dari agama-agama lain yang ada di muka bumi ini kerana perkataan Islam tidak mempunyai hubungkait sama ada dengan individu-indidu tertentu, golongan atau tempat tertentu. Dari segi pemilihan nama, Islam merupakan nama istimewa yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada Din-Nya. Al-Quran sebagai kalam Allah menyebut Islam sebagai al-lslam dan ia adalah ad- din (Abdullah Akhili, et. al, 1996:2).

Rasulullah s.a.w telah memberikan takrif yang berbagai tentang Islam menurut suasana majlis dan keadaan orang yang bertanya. Seterusnya para ulama memperjelaskan lagi dengan berbagai definisi yang dapat memberikan gambaran sebenar tentang Islam.

Antara definisi Islam dari sudut istilah yang diberikan oleh para ulama ialah:

(i) Pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan pengakuan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah sekiranya mampu.

Definisi ini berdasarkan jawapan Rasulullah s.a.w. apabila ditanya oleh jibril mengenai pengertian Islam.

"al-lslam itu ialah kamu bersaksi bahawa tiada Tuhan (yang berhak diabdikan diri sebenar-benarnya) melainkan Allah, dan (kamu bersaksi) sesungguhnya Muhammad itu Rasulullah, kamu mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah sekiranya mampu. " (Sahih Muslim, hadith 1 ; hal. 1)

Sabda Rasulullah ini juga membawa maksud bahawa Islam adalah mentauhidkan Allah, tunduk, patuh, dan ikhlas kepada Allah serta beriman dengan dasac-dasar yang telah ditetapkan oleh-Nya.

(u) Kepatuhan, ketundukan, ketaatan dan penyerahan diri dengan penuh keikhlasan, dengan sukarela bukan secara terpaksa (Abd Karim Zaydan, 1979: 13) kepada Allah s.w.t. dalam seluruh aspek kehidupan. Merangkumi jasmani dan rohani, akal dan perasaan. Meliputi aspek aqidah, syariat dan akhlak.

Allah s.w.t. menyebut di dalam firman-Nya; Maksudnya : Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari selain dari din (agama) Allah, Pada hal kepada-Nyalah tunduk taat sekelian makhluk yang ada di langit dan di bumi; sama ada dengan sukarela atau pun terpaksa, dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan. (ali-lmran: 83)

(ui) Islam merupakan jawapan kepada tiga persoalan penting yang dihadapi oleh manusia, iaitu : Dari mana manusia datang, mengapa manusia datang dan ke mana kesudahan manusia? (Abdul Karim Zaydan, 1979:10-11)

Hanya Islam mampu menjawab persoalan-persoalan ini dengan memberi jawapan yang menepati fitrah akal manusia. Antara jawapan kepada persoalan "dari mana manusia datang" ialah firman Allah s.w.t. : Maksudnya: Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada nan kiamat), maka (perhatikanlah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dan setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketui daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan kejadiannya. (al-Haj:5)

(iv) Islam ialah ruh yang hakiki, cahaya petunjuk yang abadi dalam kehidupan, ubat yang paling mujarab bagi penyakit dan jafan lurus yang selamat bagi manusia yang melaluinya (Abdul Karim Zaydan, 1979: 10). Firman Allah s.w.t. : Dan Kami turunkan daripada al-Quran sesuatu yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (al-lsra:82)

Firman Allah s.w.t. : Maksudnya; Dan sesiapa yang berserah din sepenuhnya kepada Allah (dengan ikhlas) serta dia berusaha mengerjakan kebaikan, sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali yang kukuh. (Luqman :22)

(v) Peraturan hidup {way of life) yang bersifat integral yang mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak mulia serta disampaikan oleh nabi Muhammad s.a.w. untuk menjadi panduan seluruh umat manusia.

ISLAM SEBAGA1 AD-DIN
Perkataan din merupakan istilah khusus dalam al-Quran yang bermaksud sistem hidup, cara hidup, peraturan atau perundangan hidup. Islam sebagai ad-din membawa maksud Islam adalah satu-satunya sistem hidup atau peraturan yang diturunkan oleh Allah s.w.t untuk menjadi panduan umat manusia. Islam merupakan satu-satunya din yang diredai Allah s.w.t yang memandu manusia ke arah kesejahteraan dan keredaan hidup di dunia dan kenikmatan hidup di akhirat. . Sebagai ad-din yang dicipta oleh Allah s.w.t, Islam adalah berbeza dengan agama-agama ciptaan manusia.

jelas daripada pengectian-pengertian di atas bahawa Islam yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Rasul-Nya s.a.w. tidak wajar disamakan dengan pengertian agama menurut perspektif umum. Islam merupakan ad-din Samawi yang menepati fitrah manusia, merangkumi semua aspek hidup yang menyentuh persoalan dunia dan akhirat, kebendaan (material) dan kerohanian (spiritual), individu dan masyarakat, rumahtangga dan negara, pemimpin dan rakyat, dan segala yang memenuhi ruang lingkup kehidupan manusia.

Perkataan ad-Din itu sendiri pada hakikatnya lebih luas maksud dan skop atau ruang lingkupnya daripada agama. Perkataan din apabila dilihat sebagai istilah yang khusus dalam al-Quran mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia di dunia dan akhirat. la merupakan suatu istilah yang mengandungi empat elemen penting:

(i) Kekuasaan yang Maha Mutlak (Allah s.w.t)
(ii) Penyerahan diri lahir dan batin disertai dengan ketaatan dan kesetiaan kepada kekuasaan yang Maha Mutlak
(iii) Iman dan amalan di bawah pengawasan pihak yang Maha Mutlak kekuasaannya
(iv) Ganjaran yang diberi sama ada yang baik atau buruk dari pihak yang Maha Berkuasa.

Allah s.w.t juga telah menegaskan bahawa agama-agama yang wujud di dunia ini selain daripada Islam tidak akan mendapat tempat di sisi Allah. Sesiapa yang menganut atau mempercayai selain Islam maka dia adalah iergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi dan di akhirat nanti akan mendapat balasan yang amat buruk.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Sesiapa yang mencari din (agama) selain daripada din (agama) Islam maka dia termasuk dalam golongan mereka yang rugi di akhirat nanti" (Surah Ali-lmran ayat: 85)

Islam sebagai ad-din merupakan sistem hidup yang selari dengan fitrah semula jadi manusia di mana setiap insan yang dilahirkan di muka bumi ini telah mengakui Allah s.w.t sebagai Tuhan yang berhak di sembah sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:

"Setiap anak yang dilahirkan adalah suci (iaitu dalam keadaan Islam, menyerah diri kepada Allah s.w.t). Maka kedua ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. "

Isiam merupakan sistem hidup yang sempurna yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Islam menyeru manusia mengenali Allah s.w.t Tuhan Yang Maha Perkasa, Allah s.w.t yang berhak disembah. Islam mengajak manusia beribadat kepada-Nya, membesarkan Allah s.w.t, memuji dan mengagongkan Allah s.w.t kerana Allah s.w.t jualah yang mentadbir hidup manusia. Allah s.w.t adaiah Rabb dan Allah s.w.t juga adalah llah, dan Allah s.w.t jualah yang meredai Islam sebagai cara hidup manusia.

Islam bukan sahaja dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w bahkan semua Nabi dan Rasul semenjak Nabi Adam a. s hinggalah Nabi Muhammad s.a.w. Para Rasul mendakwah manusia kepada Islam, menerangkan kepada manusia aqidah yang benar, meletakkan syariat yang sesuai dan mengajar manusia berakhlak mulia daiam kehidupan.

Setiap manusia yang mengaku muslim, wajib mempunyai aqidah yang benar, iaitu percaya dan yakin Allah s.w.t Tuhan yang sebenar-benar disembah. AUah s.w.t Tuhan yang mentadbir alam, memberi rezeki kepada manusia dan mempunyai segala sifat kesempurnaan. Islam juga menyeru manusia supaya beramal dengan segala peraturan Islam dan berakhlak dengan akhlak Islam. Ini adalah bagi meletakkan manusia dalam rahmat dan hidayah Allah s.w.t.

Allah telah memberi pengakuan bahawa Islam adalah din yang diredai- Nya dan amat sesuai dijadikan panduan dan ikutan kepada manusia. Islam adalah berbeza dengan agama-agama ciptaan manusia. Islam merupakan al-Din iaitu suatu cara hidup manusia. Apabila Islam dinobatkan sebagai cara hidup manusia ini bermakna melalui Islam, Allah s.w.t telah meletakkan garis panduan dan peraturan hidup dalam memandu kehidupan manusia. Justeru itu Islam perlu dijadikan panduan dalam seluruh aspek kehidupan.

Apa sahaja budaya atau cara hidup yang tidak diakui oleh Islam maka ia adalah cara hidup yang batil dan tidak boleh menjamin kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat. Begitu juga dengan adat-adat yang diguna pakai oleh sebilangan masyarakat hari ini. Sekiranya adat-adat yang diamalkan sejak zaman nenek moyang itu menyeleweng dari landasan Islam maka adat-adat tersebut tidak boleh diamalkan dan dilarang oleh Islam.

Setiap muslim mestilah hidup berlandaskan sistem hidup Islam. Masyarakat yang tidak meletakkan Islam sebagai cara hidup pastinya akan kucar kacir, porak poranda, terjerumus dalam kehancuran dan gagal memperolehi kejayaan dan kesejahteraan. Oleh yang demikian sebagai muslim mukmin hanya Islamlah cara hidup yang sesuai.

Allah s.w.t telah menegaskan bahawa Dia telah sempurnakan kepada umat manusia Islam sebagai cara hidup. Firman-Nya yang bermaksud: "Hari ini Aku telah sempurnakan bags kamu agama kamu iaitu Islam dan Aku kurniakan nikmat kepada kamu dan Aku reda Islam itu agama kamu. " (Surah al-Maidah ayat: 3)

SKOP AJARAN ISLAM

AQIDAH

Menerima Islam sebagai ad-din bererti berpegang teguh kepada aqidah yang benar yang menjadi teras dalam kedudukan Islam sebagai suatu binaan yang kukuh.

Perkataan aqidah merupakan perkataan bahasa Arab yang bererti ikatan atau simpulan. Menurut istilah aqidah difahami sebagai kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa. Aqidah Islam merupakan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kukuh, yang pasti dan hakiki lagi kudus dan suci (Mohd. Sulaiman Yasin. 1984: 197) seperti yang terdapat dalam ajaran Islam.

Nilai-nilai mutlak yang dimaksudkan ialah keimanan dan keyakinan kepada perkara-perkara ghaibiyyat yang berpaksikan keyakinan terhadap Allah s.w.t yang Esa. Esa dan sudut Uluhiyyah dan Rububiyyah-Nya serta esa pada al- Asma dan as-Sifat. Terdapat enam elemen yang menjadi asas aqidah Islam :
(i) Keimanan kepada Allah s.w.t sebagai yang Maha Mutlak kekuasaanya di mana setiap muslim perlu yakin dan menyerah diri hanya kepada-Nya.
(ii) Keimanan kepada malaikat yang merupakan makhluk mulia yang dijadikan Allah s.w.t sebagai lambang keagongan dan kehebatan kekuasaan-Nya.
(iii) Keimanan kepada Kitab yang ditucunkan oleh Allah s.w.t dengan menjadikannya panduan dalam berbagai aspek kehidupan.
(iv) Keimanan kepada para Rasul yang diutuskan oleh Allah sebagai utusan yang menyampaikan risalah Allah s.w.t.
(v) Keimanan tentang kewujudan hari Akhirat sebagai matlamat akhir kehidupan.
(vi) Keimanan kepada Qada dan Qadar sebagai hak mutlak Allah s.w.t.

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat meraba-raba mencari tuhan. Ada yang menyembah berhala, pokok, matahari, sungai, manusia dan sebagainya. Ada juga manusia yang mengaku menjadi tuhan seperti Firaun dan Haman. Cara beribadat juga berbagai-bagai dan semuanya batil. Ada yang langsung tiada agama. Berhala yang disembah bermacam-macam keadaan dan bentuk serta merupakan hasil ciptaan dan buatan mereka sendiri. Namun, tidak ada di


kalangan Tuhan yang mereka sembah itu yang dapat memberikan apa-apa kebaikan atau kemudaratan. . . . Kenyataan ini memberikan gambaran bahawa beraqidah adalah fitrah semulajadi manusia dan Allah s.w.t sahaja yang mampu memenuhi kehendak fitrah makhluk-Nya.


SYARIAT
Syariat berupa hukum-hukum perundangan yang bertujuan mengatur kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara; sama ada berupa hukum-hukum yang berkaitan dengan Taharah, solat, zakat, puasa, dan haji. Berkaitan dengan muamalat dalam urusan-urusan peribadi seperti munakahat (perkahwinan), warathah (perwarisan) dan juga yang berkaitan dengan urusan am seperti at- Tijarah (perniagaan), al-jinayah (jenayah), al-lmarah atau al-khilafah (pemerintahan), perhubungan antarabangsa dan lain-lain.

Syariat dalam Islam sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. la bersumberkan empat perkara, iaitu: al-Quran, al-Hadith, , Ijmak ulama dan Qiyas. Hak menentukan hukum adalah Allah s.w.t dan Rasul-Nya s.a.w sementara ulama dibenarkan berijtihad dalam perkara-perkara yang tidak dinaskan oleh al-Quran dan al-Hadith secara jelas. Islam melarang keras terhadap sesiapa yang cuba merampas hak Allah s.w.t dalam menentukan hukum.

Allah s.w.t mengutuskan Rasulullah s.a.w dengan bimbingan al-Quran untuk menjadi panduan hidup manusia di mana Allah s.w.t tidak menzalimi manusia dan makhluk-Nya tetapi manusia sendiri yang menzalimi diri sendiri. Peraturan dan perundangan Islam adalah seimbang dan mudah dalam semua perkara. Islam telah menyediakan berbagai kemudahan dan pilihan dalam menyelesaikan segala masaiah.


AKHLAK
Akhlak merupakan perkataan bahasa Arab yang bererti tingkahlaku, perangai atau keperibadian. Menurut al-Ghazali, akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang yang dengannya lahir sesuatu perbuatan atau tingkahlaku. Perbuatan atau tingkahlaku tersebut terjadi dengan spontan hasil dari pancaran rohani.

Islam datang untuk membetulkan keadaan akhlak manusia. Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk menyeru manusia membuang segala sifat kemungkaran yang berpunca daripada nafsu yang jahat dan godaan syaitan kepada sifat dan akhlak yang terpuji dan dipandang mulia oleh Allah s.w.t.

Sabda baginda s.a.w bermaksud : "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempumakan akhlak yang mulia" (riwayat Imam Malik)

Islam datang untuk menyucikan hati-hati manusia, menanam benih-benih nur iman dan hidayah. Kalau dahulu sebelum datangnya Islam, masyarakat hidup porak peranda. Kekuatan fizikal dan kabilah menjadi asas kepada penguasaan terhadap kaum yang lain. Manusia hidup dalam kesesatan yang nyata, boleh dikatakan sama dengan haiwan malah lebih teruk daripada haiwan. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t

"Dan Rasulullah s.a.w. menyucikan mereka dan mengajar mereka al-Quran serta hikmatyang selama ini mereka dalam kesesatan". (Surah Ali Imran ayat: 164)

Dalam hubungan sosial, Islam meletakkan asas-asas kukuh dalam pergaulan hidup manusia seharian. Batasan-batasan pergaulan antara lelaki dengan perempuan telah digariskan oleh Islam agar manusia tidak melakukan dosa dan melanggar syariat hukum Allah s.w.t.

Sudah jelas kepada kita. sekiranya pergaulan hidup kita dipengaruhi oleh budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan Islam contohnya cara hidup barat yang sesat pasti masyarakat yang mengikutnya menjadi seperti mereka yang dukuti baik cara berpakaian, cara bercakap, adab dan tingkahlaku, muamalat dan seumpamanya.

inilah yang terjadi kepada generasi kita hari ini yang terpengaruh dengan cara hidup barat yang liar yang tidak diharuskan oleh Islam. Masalah gejala sosial seperti zina, bohsia, budaya lepak, anak luar nikah, masalah dadah, arak, judi dan sebagainya adalah berpunca daripada sikap tidak ingin menjadikan Islam sebagai cara hidup serta tiada bimbingan menurut cara hidup Islam.

Masyarakat Madinah yang diasaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menjadi contoh masyarakat yang tinggi dan mulia akhlaknya. Mereka hidup dalam lingkungan roh Islam dan menjadikan Islam cara hidup. Kehidupan mereka aman damai dan mendapat perlindungan Allah s.w.t. Tidak wujud perkara-perkara yang menyalahi peraturan Islam. Sekiranya terdapat perkara yang mungkar terus ditegah dan dijatuhkan hukuman dengan tujuan mendapat keredaan dan keampunan Allah s.w.t di akhirat kelak.

Firman Allah s.w.t " Dan di antara mereka ada yang berkata, Wahai Tuahanku kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan lindungilah kami dari siksaan api neraka. (Surah al- Baqarah ayat:201)

Masyarakat yang hidup tanpa panduan akhlak Islam tiada nilai-nilai murni, tiada kesejahteraan hidup, tiada jaminan untuk mengecap kebahagian, hidup dalam ketakutan, hum hara, maksiat berleluasa dan sebagainya. Golongan kaya

berkuasa, yang miskin dijadikan hamba abdi, yang kuat menindas yang lemah, yang berkuasa melakukan kejahatan dibiarkan tetapi yang miskin melakukan kejahatan disiksa. Tidak ada panduan hidup yang hakiki dan setiap puak ada undang-undang tersendiri yang boleh dipinda-pinda mengikut hawa nafsu mereka.

Islam mengatur hidup manusia dengan penuh bijaksana dan penuh keadilan, mengajar manusia nilai-nilai mulia, mengharamkan penindasan, haramkan maksiat, haramkan syirik kepada Allah s.w.t, menyarankan hidup bersatu padu. tolong menolong dan mewujudkan masyarakat madani yang murni yang mendapat hidayah Allah s.w.t. Dan adalah menjadi matlamat utama Ipengutusan Rasulullah s.a.w agar manusia berakhlak mulia denga nilai-nilai akhlak mahmudah dan meninggalkan sifat-sifat mazmumah. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnaya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak mulia. "

Islam adalah sistem hidup yang mempunyai pertalian di antara Pencipta dengan makhluk dan juga pertalian antara sesama makhluk. Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w adalah ciptaan Allah s.w.t yang mencipta manusia dan makhluk yang lain. Oleh yang demikian ajaran Islam mengajak manusia beriman kepada Allah s.w.t. sebagai Pencipta Yang Maha Mutlak. Hanya Allah s.w.t Tuhan yang berhak disembah. Islam menyeru manusia mengenali Tuhan Yang Maha Perkasa, Maha Esa, Maha Bijaksana dan mengabdikan seluruh jiwa dan aspek hidup manusia kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t:

"Dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada Ku. " (Surah al-Zariyat ayat: 56)

Apabila Allah s.w.t mencipta manusia sudah pasti yang menciptakan manusia itu tinggi kuasa-Nya daripada makhluk. Sebagai makhluk sememangnya manusia bersifat lemah dan sentiasa memerlukan hidayah, bimbingan dan pertolongan Allah s.w.t. Manusia juga sebenarnya yakin dan percaya tanpa ragu-ragu lagi bahawa Allah s.w.t yang mengatur kehidupan, memberi rezeki, mentadbir alam dan segala-galanya milik mutlak-Nya. Firman Allah s.w.t:

"Hanya Engkau jualah ya Allah yang kami sembah dan Engkau jualah ya Allah tempat kami memohon pertolongan. " (Surah al-Fatihah ayat:5)

Selain hubungan manusia dengan Allah s.w.t, Islam juga menggariskan peraturan hidup sesama manusia dalam rumahtangga, masyarakat dan negara. Islam bukan agama individu atau sekumpulan manusia. bahkan Islam adalah peraturan hidup untuk semua manusia. Untuk sesama manusia Islam mewujudkan sistem hidup yang praktikal di mana Islam meminta umatnya mengenali sesama sendiri. eratkan hubungan silaturrahim, lahirkan kasih sayang, menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran sebagaimana firman- Nya:

"Kamu adalah sebaik-baik umat yang diutuskan, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah S.W.T. " (Surah ali-lmran ay at: 110)

Sabda Rasulullah s.a.w: " Tidak sempurna iman seserang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia kasih dirinya. "

Daripada firman Allah s.w.t. dan hadith Rasulullah s.a.w. di atas, dapat difahami bahawa umat Islam itu bersaudara dan terdapat hak serta tanggungjawab sesama sendiri. Ini adalah kerana Islam mahu semua umatnya beriman kepada Allah s.w.t Tuhan yang berhak disembah. Ini dapat dibuktikan oleh Rasulullah s.a.w yang berusaha menyampaikan cara hidup Islam kepada manusia agar manusia tidak berada dalam kekufuran dan kejahilan. Apabila seseorang itu beriman kepada Allah s.w.t sudah pasti dia tidak ingin melihat

saudaranya yang lain teraba-raba dalam kesesatan dan keindahan rahmat Allah s.w.t di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat dapat sama-sama dinikmati.

Dalam apa sahaja aspek kehidupan manusia, Islam tidak membebankan kemampuan manusia malah apa yang disyariatkan adalah untuk memberi kesenangan dan kemudahan kepada manusia dan mendapat keredaan Allah s.w.t. Tegahan yang terdapat dalam ajaran Islam adalah semata-mata untuk mencegah keburukan dan kemudaratan. Misalnya Islam mengharamkan riba, judi, zina dan seumpamanya kerana perbuatan tersebut mendatangkan keburukan kepada keturunan manusia, tingkahlaku manusia dan hubungan sesama manusia.

PENUTUP
Penaklukan dan penguasaan penjajah-penjajah Barat ke atas watan umat Islam telah menimbulkan fenomena baru kepada umat Islam dalam menanggapi persoalan ad-Din yang mereka anuti, iaitu Islam. Pengetahuan dan ajaran hasil pengaruh pemikiran umat Kristian yang memisahkan antara agama dengan dunia telah memberi kesan yang amat dahsyat ke atas aqidah dan pemikiran umat Islam kini (Nik Mohd Rosdi, 1995:1).

Antara fenomena yang dapat dilihat:
(i) Kemunculan peribadi-peribadi yang bernama Islam dan mengaku muslim tetapi cara berpakaian, cara makan dan minum, cara bercakap, cara berjalan, cara bergaul, dan sebagainya tidak melambangkan Islam.
(u) Budaya Barat dipuja sedangkan sunnah Rasulullah s.a.w diketepikan.
(ui) Amalan ibadah difahami hanya dalam skop yang sempit.
(iv) Melakukan ibadah khusus seperti puasa dan haji sedangkan dalam masa yang sama mengamalkan riba dan rasuah dalam urusan ekonomi, politik dan sebagainya.
(v) Wujudnya jurang perbezaan antara golongan agama dengan golongan profesional.
(vi) Ramai di kalangan masyarakat hari ini menghadapi krisis yang hebat mengenai agama. Apakah agama merupakan salah satu dari kenyataan hidup ? Apakah agama merupakan satu keperluan manusia? Atau agama hanya merupakan satu kecenderungan peribadi semata-mata dengan erti kata siapa suka boleh beragama dan siapa tidak suka boleh boleh jadi atheis kerana kedua-dua pendirian itu sama sahaja?(Muhammad Qutb: 1978: 3).

Kesimpulannya, gejala keruntuhan aqidah dan akhlak seperti di atas adalah berpunca daripada ketidak fahaman umat Islam terhadap pengertian Islam itu sendiri. Oleh itu wajarlah pengertian Islam sebagai ad-din difahami dengan pengertian yang sebenarnya dan akhirnya maruah Islam dan umatnya dapat kembali dipertahankan. 

0 comments:

Post a Comment